Memandaikan Bangsa Ainon Mohd

Demi iltizam mengembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan demi "memandaikan bangsa melalui bahasa Melayu," maka pada tahun 2000, beliau menubuhkan PTS Publications & Distributors. Syarikat penerbitan ini khusus menerbitkan dan mengedarkan buku-buku ilmu dalam bahasa Melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendekiawan Malaysia. Kini, pengurusan PTS diterajui anak sulung beliau, Arief Hakim Sani. Ainon Mohd. kini memberi tumpuan aktif membangunkan generasi penulis melalui latihan dan bimbingan menulis dan menterjemah.